Perkara Sunat Dalam Solat

Perkara Sunat dalam solat terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Perkara Sunat Sebelum Solat
  2. Perkara Sunat Tengah Solat
  3. Perkara Sunat Selepas Solat

[1] Perkara Sunat Sebelum Solat

<(#)> Azan iaitu tanda atau seruan untuk mengerjakan solat

<(#)> Iqamat iaitu seruan dan tanda solat akan segera dilakukan

<(#)>Meletakkan sutrah (penghadang) di hadapan tempat sujud

[2] Perkara Sunat Tengah Solat

Terbahagi kepada dua jenis sunat iaitu:

<(#)> Sunat Ab’ad

Sunat Abad ialah perkara sunat yang apabila ditinggalkan kerana terlupa maka perlu diganti dengan Sujud Sahwi

Perkara yang dikategorikan sebagai sunat Ab’ad ialah:

  1. duduk tahiyat awal
  2. membaca tahiyat awal
  3. solawat ke atas nabi dalam tahiyat awal
  4. membaca solat ke atas keluarga nabi dalam tahiyat akhir
  5. berdiri semasa qunut
  6. membaca doa qunut
  7. selawat ke atas nabi dalam qunut
  8. selawat ke atas keluarga nabi dalam qunut

<(#)> Sunat Haiah

Sunat Haiah ialah perkara sunat yang apabila ditinggalkan maka tidak perlu kepada Sujud Sahwi

            Perkara yang dikategorikan sebagai Sunat Haiah ialah:

  1. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika iktidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. (nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
  2. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya di bawah dada atau di atas pusat.
  3. Membaca doa tawujud/iftitah. Doa iftitah
  4. Membaca A’uzubillah
  5. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat pada tempat-tempat dan masa-masa   yang ditentukan
  6. Membaca amin selepas fatihah
  7. Membaca surah al-Quran
  8. Membaca tasbih ketika rukuk
  9. Membaca tasbih ketika sujud
  10. Membaca tasbih ketika bangkit dari rukuk
  11. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya
  12. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri
  13. Duduk Tawarruk iaitu duduk tahiyat akhir
  14. Salam yang kedua

[3] Perkara Sunat Selepas Solat

  1. Membaca istighfar, zikir dan doa (berwirid).
  2. Menukar tempat solat antara solat sunat dan fardhu.
  3. Tetap duduk bagi yang lelaki untuk mendahulukan kaum muslimah keluar dewan solat.

 

 


Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/content/33/11049033/html/wp-content/plugins/facebook-like-and-comment/comments.php on line 21