Keutamaan Sujud

Rasulullah saw bersabda maksudnya

“Suatu cara yang lebih utama yang dapat dilakukan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah swt adalah dengan melakukan sujud di tempat yang sunyi.”

(Hadith Riwayat Mubarak)

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda maksudnya

“Seorang muslim yang bersujud untuk Allah swt pasti Allah swt meningkatkan kedudukannya satu darjah dan menghapuskan darinya satu dosa kejahatan”

(Hadith Riwayat Majah)

Telah diriwayatkan seorang lelaki berkata kepada Rasulullah saw “ Doakanlah untukku agar aku termasuk diantara orang-orang yang kelak akan memperolehi syafaatmu dan agar Allah memberiku kesempatan untuk menemanimu disyurga.” Jawab baginda: “ Bantulah aku dengan banyak melakukan sujud.”

(Hadith Riwayat Muslim dan Tabarani)

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Saat seorang hamba dalam keadaan terdekat kepada Allah swt ialah saat sedang bersujud.”

Allah swt berfirman maksudnya:

“Bersujud dan dekatkanlah dirimu.”

(Surah al-Alaq : 19)

Allah swt berfirman maksudnya:

“Ada tanda-tanda mereka Nampak pada wajah mereka, daripada sebab bekas sujud.”

Terdapat beberapa tafsiran daripada firman Allah tersebut, ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan ialah bahagian muka mereka dengan menyentuh tempat sujud ketika bersujud.

Ada pula yang berpendapat bahawa yang dimaksudkan ialah perasaan khusyuk yang memancar dari dalam diri manusia ke permukaan wajahnya.

Pendapat inilah yang benar. Tetapi ada pendapat lain yang menyatakan bahawa maksud ayat itu ialah pada hari kiamat kelak, terdapat sinar yang memancar dari anggota badan yang selalu tersiram air wudhu.

Sabda Rasulullah saw maksudnya:

“Bila seseorang membaca ayat sajadah (ayat Al-Quran yang didalamnya ada perintah bersujud) kemudian ia sujud, syaitan akan berpisah daripadanya sambil meraung dan berkata “Celakalah aku. Orang ini diperintah agar bersujud lalu ia pun sujud dan masuk syurga sebagai ganjarannya. Sedangkan aku diperintahkan bersujud, namun, aku membangkang dan sebagai hukumannya masuk neraka.”

(Hadith Riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Telah diriwayatkan bahawa Ali, putera Abdullah bin Abbas biasa bersujud iaitu sehari semalam seribu kali sujud. Oleh sebab itu dinamakan As-Sajjud (yang banyak melakukan sujud).

Terdapat riwayat bahawa Umar bin Abdul Aziz ra setiap kali bersujud selalu sujud diatas tanah (tanpa hamparan).

Yusuf bin Abbas berkata: ”Wahai para pemuda, gunakanlah peluang semasa sihat, sebelum sakit. Kini aku merasa iri hati kepada orang yang dapat melakukan rukuk dan sujud dengan sempurna, sedang aku tidak dapat melakukannya dengan sempurna lagi.”

Said bin Jubair telah berkata:”Aku tidak merasa sedih kehilangan sesuatu dari dunia ini, kini aku bersedih kerana tidak dapat bersujud.”

“Perangai manusia yang paling disukai Allah adalah bila seseorang itu ingin sekali berjumpa dengan Nya dan seseorang akan lebih dekat kepada Allah adalah saat bergerak menuju sujud.”

(Hadith Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Nasai)

Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud:

“Seseorang berada paling dekat pada Allah adalah pada saat sedang sujud. Oleh itu, hendaklah banyak berdoa pada saat sedang sujud.”

(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan Nasai)

Petikan dari kitab ihya ulumuddin karanga iman al ghazali

Selain dari sujud didalam solat, Sujud diluar solat yang dituntun oleh islam terbahagi kepada tiga iaitu:

1.Sujud Tilawah / Sejadah

Apabila seseorang membaca ayat-ayat suci al-Quran, dia akan bertemu dengan beberapa ayat yang disunatkan sujud satu kali. Sujud ini dinamakan sujud tilawah.

Do’a yang dibaca di dalam sujud tilawah ialah;

سَجَدَ وَجْهِيَ لِلَّذِى خَلَقَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ بِحَوْلِهِ وَقُوَّتِهِ

فَتَبَارَكَ اللهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

“ Telah sujudlah mukaku kepada Tuhan yang telah menciptakannya, telah dibelah pendengarannya dan penglihatannya dengan dayaupaya dan kekuatanNya. Maka Maha Tinggi ALlah, Dialah Pencipta yang sebaik-baiknya”.

Adapun syarat-syarat sujud tilawah itu ialah:

1. Suci daripada segala najis di badan, pakaian dan tempat.

2. Menutup aurat.

3. Menghadap kiblat.

4. Masuk waktu sujud.

Sujud tilawah boleh dikerjakan dalam sembahyang atau luar sembahyang apabila sampai ke akhir ayat tersebut. Ianya boleh dikerjakan kerana membaca ayat itu sendiri atau didengari dari bacaan orang lain. Kalau didengari dari orang lain, sedangkan beliau dalam sembahyang maka tidaklah diharuskan untuk sujud tilawah.

Manakala sujud tilawah bagi orang yang tidak dalam sembahyang adalah seperti berikut:

1. Meniatkan sujud untuk tilawah

2. Membaca takbir al-Ihram

3. Satu kali sujud seperti dalam solat.

4. Memberi salam setelah selesai sujud seperti dalam solat.

Ayat sejadah di dalam al-Quran ada 15 tempat ke semuanya. Ini berdasarkan hadis daripada Amru bin al-Asr katanya: “Rasulullah SAW membaca 15 ayat sejadah di dalam al-Quran.” (Riwayat Abu Daud 1401, Ibnu Majah 1057, al-Hakim 1/223, al-Baihaqi 2/314)

Antara tempatnya ialah: -

1)   Surah al-A’rof ayat 206:
2)   Surah ar-Ro’du ayat 15:
3)   Surah an-Nahl ayat 50:
4)   Surah al-Isro’ ayat 109:
5)   Surah Maryam ayat 58:
6)   Surah al-Hajj ayat 18:
7)   Surah al-Furqan ayat 60:
8)   Surah an-Naml ayat 26:
9)   Surah as-Sajadah ayat 15:
10)   Surah Fussilat ayat 37:
11)   Surah Shood ayat 24:
12)   Surah an-Najm ayat 62:
13)   Surah al-Inshiqoq ayat 21:
14)   Surah al-Alaq ayat 19:
15)   Surah al-Hajj ayat 18:

2. Sujud Syukur

Sujud Syukur adalah sujud kerana berterima kasih yang dilakukan ketika mendapat nikmat atau terlepas dari bahaya bencana maka digalakkan untuk sujud sebagai tanda bersyukur.

Syarat-syarat Sujud Syukur

 

a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

Rukun Sujud Syukur

1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam

Cara Sujud Syukur

  1. Menghadap Kiblat
  2. Takbir dengan Niat
  3. Sujud dengan bacaannya
  4. Duduk dengan diakhiri salam

Bacaan Sujud Syukur

“Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendakNya dan dengan kekuatanNya, Tuhan yang penuh limpah keberkatanNya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian.”

3. Sujud Sahwi

Sujud sahwi ialah sujud kerana terlupa didalam solat ianya dilakukan sebelum salam pada rakaat terakhir.

Sebab-sebab sujud sahwi ada tiga: kerana kelebihan, kerana kekurangan, dan kerana ragu-ragu.

1.Sujud Sahwi Kerana Kelebihan -

Barangsiapa terlupa di dalam solatnya lalu tertambah rukuk, atau sujud,       dan sebagainya, maka dia perlu sujud sahwi.

2.Sujud Sahwi Kerana Kekurangan -

Barangsiapa, justeru terlupa, lalu meninggalkan salah satu sunat ab’adh, maka ia harus sujud sahwi sebelum salam. Misalnya, makmum terlupa tahiyyat awal dan hanya teringat setelah sempurna qiam (berdiri tegak), maka dia tidaklah perlu duduk kembali dan cukup baginya sujud sahwi. Namun, sekiranya dia teringat sebelum separuh bangkit untuk qiam, maka bolehlah dia kembali duduk dan menyempurnakan tahiyyat awal dan tidak perlu sujud sahwi.

3.Sujud Sahwi Kerana Ragu-ragu -

Keragu-raguan di dalam solat adalah kerana tidak meyakini sama ada terlebih atau terkurang, umpamanya seseorang ragu sama ada dia di dalam rakaat ketiga atau keempat. Keraguan ada dua jenis:

  • Sekiranya seseorang lebih cenderung kepada satu hal (waham, atau lebih 50% pasti), umpamanya dia lebih meyakini dia kini di dalam rakaat ketiga dan bukan rakaat keempat, maka dia harus menurutkan mengambil sikap kepada yang lebih ia yakini, kemudian dia melakukan sujud sahwi setelah salam.
  • Sekiranya seseorang itu ragu-ragu antara dua hal, dan tidak condong pada salah satunya (dzan, atau hanya 50-50 pasti), maka dia harus mengambil sikap kepada hal yang sudah pasti akan kebenarannya, iaitu jumlah rakaat yang sedikit. Kemudian menutupi kekurangan tersebut, lalu sujud sahwi sebelum salam.

Cara sujud sahwi

Dua kali sujud seperti biasa dengan bacaan

Maksudnya:  Mahasuci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa


Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/content/33/11049033/html/wp-content/plugins/facebook-like-and-comment/comments.php on line 21